Mengenai Samsung Cloud

Apakah Samsung Cloud?

Apakah Samsung Cloud?

Samsung Cloud menyimpan data anda dalam cloud dan menyelaraskannya dengan semua peranti Galaxy anda. Data anda selamat walaupun jika anda kehilangan telefon anda, dan mudah sahaja untuk mencapai data anda pada peranti baru.

Melindungi data anda

Melindungi data anda

Daripada nota kepada imej dan video, data anda selamat dalam cloud dan diselaraskan dengan semua peranti Galaxy anda agar anda boleh sentiasa menemuinya.

Pastikan semuanya mengikut cara anda

Pastikan semuanya mengikut cara anda

Anda boleh menetapkan Samsung Cloud untuk menyandarkan telefon anda secara kerap dan memilih kandungan yang disandarkan, daripada data aplikasi kepada reka letak Skrin utama. Jika anda mendapatkan peranti baru atau menetapkan peranti ini, anda boleh memulihkan data sandaran anda daripada cloud.

Dapatkan sandaran cloud percuma untuk pembaikan dan naik taraf

Dapatkan sandaran cloud percuma untuk pembaikan dan naik taraf

Alih fail kepada peranti baru secara mudah atau lindungi data semasa mendapatkan pembaikan dengan sandaran cloud sementara daripada Samsung Cloud. Anda boleh menyandarkan foto, video, fail tanpa had dan banyak lagi hingga 30 hari agar anda boleh bertukar peranti secara lancar atau mendapatkan pembaikan dengan pengetahuan bahawa data anda selamat.